Shhtt.. ada orang sedang berjiwang.

Sabtu, 16 Mei 2015

Bab 25 BUTAKAH CINTA


“Jom cepat. Bising mulut mak cik Bella tu nanti kalau aku lambat ambil dia,” ajak Regina.
Ariya ketawa mendengar Regina menggelarkan Arabella begitu. Baru empat tahun usianya dah dapat gelaran mak cik.
“Aku tengok kau ni semenjak kena cerai ni macam makin happy pulak. Bukan sepatutnya kau kecewa ke?” tanya Ariya hairan melihat Regina semenjak kebelakangan ini. Perpisahan dengan Naquib langsung tidak mencacatkan mood Regina.
Regina menoleh kepada temannya itu. “Nak sedih buat apa? Aku yang pilih jalan macam ni. Lagipun aku memang dah lama bosan dengan dia,” jawab Regina lantas masuk ke dalam kereta. Sudah tiga bulan dia ditalakkan Naquib. Dia reda. Lelaki itu sudah ada pilihan sendiri. Jadi biarlah. Sekurang-kurangnya hak penjagaan ke atas Arabella diberikan kepadanya.
Ariya membisu saat kereta itu keluar dari ruangan garaj rumah batu dua tingkat itu. Pagar mula menggelunsur rapat setelah kereta Regina meninggalkan perkarangan rumah itu.
“Mama kau tak bising ke kau bercerai dengan Naquib?” tanya Ariya sekadar mahu menduga. Naquib itu pilihan emak Regina. Regina bernikah semula setelah setahun dia bercerai dengan Iqmal dahulu. Sayangnya sekali lagi jodohnya tidak panjang.
“Aku buat pekak aja,” jawab Regina lantas memandang Ariya.
“Eh! Gina!!!!” jerit Ariya panic melihat kereta itu meluncur keluar dari simpang begitu sahaja dalam pada pandangan Regina terhala kepadanya. Hampir sahaja mereka berebut stereng. Regina pantas menekan brek. Namun sebuah kereta lain yang mahu masuk ke simpang yang sama tidak sempat mengelak. Sudahnya dua kereta itu berdentum di tengah simpang itu.
Regina terkaku. Wajahnya pucat tidak berdarah. “Aku terlanggar kereta orang ke?” tanya Regina dalam pada nafas diatur payah. Panic. Ariya juga terkaku. Namun matanya membulat saat melihat pemilik kereta satu lagi itu kelihatan di hadapan matanya.
“Abang Iqmal!!” jerit Ariya di dalam kereta itu. Menggelupur dia menolak pintu.
“Apasal..” bicara Iqmal terhenti melihat seseorang yang sangat dikenalinya berdiri tidak jauh daripadanya.
“Ary?”
“Abang Iqmal!” seru Ariya benar-benar terkejut. Tidak sangka akan dapat bertemu dengan Iqmal akhirnya. Dia sudah lama tahu Iqmal sudah pulang. Namun mereka masih tidak pernah bertemu.
“Siapa yang pandu kereta bertuah ni?” tanya Iqmal hairan. Yang menjadi penumpang pula yang keluar. Si pemandunya buat pegun dalam kereta.
“Gina, keluarlah! Kau langgar kereta Abang Iqmal,” gesa Ariya kepada wanita yang masih terkaku di dalam kereta. Mahu tidak mahu Regina keluar juga menunjuk muka.
“Oh.. dah agak dah ini dia drivernya. Ikut sedap dia aja keluar simpang,” ucap Iqmal gelihati melihat riak wajah Regina. Pucat.
“Eh! Yang dia tu macamlah bagus sangat. Dah nampak kereta Gina nak keluar, yang abang masuk juga simpang ni kenapa? Gina dah cuba elak tadi tau!” marah Regina. Geram melihat tawa mengejek Iqmal.
“Dah salah abang pulak. Masuk simpang pun dah tak boleh? Gina langgar kereta abang, kenapa? Takkan tak nampak abang nak masuk simpang ni?” balas Iqmal.
“Yang abang tu tak brek kenapa pulak? Rabun? Kereta besar macam ni pun boleh berlaga!” balas perempuan itu.
Iqmal menghela nafas perlahan memandang Regina bercekak pinggang. Dia yang langgar aku, dia kata aku balik! Banyak cekadak pulak janda meletop ni.
“Habis kereta orang! Penat bayar bulan-bulan,” rungut Regina sebal.
“Eh! Abang baru sebulan pakai kereta ni. Ingat kereta ni abang kutip kat tepi rumah Gina?” balas Iqmal geram. Kereta dia dahlah baru. Sedap aja kena sodok dengan perempuan seorang ni. Lady driverlah katakan. Keluar simpang pun ikut suka sampai makan jalan orang!
“Woi.. woi.. sudah. Jangan bergaduh. Calar sikit aja. Aku kahwinkan juga kau orang berdua ni!” Ariya segera mencelah.
“Kahwin?” serentak dua manusia itu membalas. Iqmal memandang Regina. Begitu juga Regina. Bulat matanya memandang Iqmal. Tiru orang pulak!
“Tolong sikit! Tak nak aku kahwin dengan duda anak dua ni. Anak dia ramai!” ucap Regina selamba.
“Berlagaknya?? Abang pun tak mahu janda meletop anak satu ni,” jawab Iqmal geram.
Tersirap darah Regina mendengar Iqmal mengajuk dia. Janda meletop dikatanya aku??
Ariya sudah ketawa memandang Regina. “Janda meletop rupanya kau ni Gina. Apa yang meletop sangat kau ni?”
“Diamlah, Ary! Jangan nak mengejek aku.”
“Ganti balik kerosakan pada kereta abang. Gina yang buat kereta abang jadi hodoh macam ni,” ucap Iqmal serius.
“Eh! Kereta Gina siapa pulak yang nak ganti?”
“Woi!!! Kalau masih sayang tu cakap ajalah. Jangan nak propa sangatlah! Pergi aja keluar dating!” celah Ariya geram melihat dua manusia itu bertekak entah apa-apa. Masing-masing asyik menjeling antara satu sama lain. Macam masih ada hati aja??
“Entahnya. Gina kalau nak ajak abang dating, cakap aja. Tak payah langgar kereta abang,” sambut Iqmal.
“Huh?” Regina segera memandang ke arah lain. Siapa nak ajak dating entah! Tak ingin!
“Jual mahal? Kalau tak mahu keluar dating dengan abang, Gina kena ganti balik kerosakan kereta abang. Itu belum termasuk kecederaan yang abang alami sekarang ni. Semua kena ganti!” ucap Iqmal bersungguh. Ariya tersengih-sengih merenung Regina. Melihat pandangan sahabatnya terhala kepadanya kening segera diangkat. Macam ada can aja Regina dan Iqmal bersatu semula.
Regina sudah terjeling-jeling ke arah lelaki itu. Nak jawab ya, macam malu pulak rasanya. Takut gelaran janda meletop tadi berubah jadi janda gelojoh!
“Bagi no phone Gina. Senang abang nak tuntut janji nanti,” ucap Iqmal lantas mendekati bekas isterinya itu.
“Janji apa ni?” balas Regina cuba berlagak selamba.
“Haila… buat-buat tak faham pulak. Salin cepat nombor ni, Abang Iqmal. Kalau dia lambat sangat nak bertindak, biar Ary yang bagi,” celah Ariya semakin kurang sabar melihat Regina masih bersikap jual mahal.
Iqmal sempat tersenyum memandang Regina sebelum mendekati Ariya. Setelah menyalin nombor baru Regina dan Ariya, dia memberikan dua keping kad perniagaannya kepada Ariya.
“Bagi satu kat mak cik tu. Cakap abang kirim salam. Bila-bila free boleh call abang Iqmal,” ucap Iqmal sambil memuncungkan mulutnya kepada Regina yang membatu dengan wajah masam. Sekali lagi Ariya tergelak melihat ragam dua manusia itu.
Menggelegak darah Regina mendengar Iqmal mengejeknya mak cik pula.
“Dia kerja kat mana sekarang?” tanya Iqmal separuh berbisik.
“Gina kat PPUM sekarang. Dia tengah sambung study.”
“Oh.. bagus. Nanti boleh jadi doctor peribadi abang dan anak-anak abang.” Iqmal mengangguk perlahan. Regina yang masih membatu dipandang lagi. Wanita itu menjeling tajam.
“Bekas suami dia kat mana sekarang?” tanya Iqmal lagi kepada Ariya.
“Gina boleh dengar dari sini!! Kenapa tak tanya Gina sendiri??” ucap Regina sedikit meninggi.
“Abang terbusy body pulak. Sorry.” Iqmal mula menayang sengih. Regina menayang muka menyampah pula. Dah panggil aku janda meletop, kemudian mak cik.. boleh dia buat-buat prihatin pula.
“Okaylah. Abang nak ambil anak-anak kat taska ni. Jangan lupa pesan abang tadi. Call abang,” ucap Iqmal entah untuk siapa. Rasanya untuk Regina walaupun pandangan matanya masih kepada Ariya.
“Okay.. nanti Ary sampaikan pesanan abang Iqmal pada janda meletop seorang tu,” balas Ariya sambil tersenyum-senyum.
Regina dengan mulut termuncung terus masuk ke dalam kereta. Entah kenapa bengang dia melihat senyum Iqmal saat berlalu sebentar tadi. Ariya ikut masuk ke dalam kereta setelah kereta Iqmal berlalu.
“Dia suka kat kau lagilah, Gina.” komen itu segera diluahkan setelah kereta itu dilarikan pergi.
“Suka? Dia dah lama takde perasaan kat aku!” cemuh Regina dengan wajah ketat.
“Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Kau yang langgar dia,” ujar Ariya hairan.

Regina terdiam. Ia tak ia. Kenapa dia marah sangat dengan lelaki itu? Ada apa-apa yang dia mahu Iqmal tidak berikah? Entah! Yang pastinya setelah melihat lelaki itu semula, keadaan hatinya sudah mula berubah libang libu. Bimbang harapannya tumbuh lagi dan hancur lagi.

1 ulasan: