Shhtt.. ada orang sedang berjiwang.

Ahad, 12 Januari 2014

BUTAKAH CINTA-SINOPSIS

Tiga sahabat karib, Zahnita, Ariya dan Regina mereka bersahabat semenjak dari zaman sekolah. Keserasian mereka tidak pernah pincang dalam apa keadaan sekali pun. Masing-masing rela berkorban demi persabahatan itu. 
Namun ujian datang melanda apabila Regina mula jatuh hati kepada pelajar senior di sekolah mereka. Tamat zaman persekolahan dia terbang ke Ireland untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Si kekasih terpaksa ditinggalkan jauh demi mengejar cita-cita. Sangkanya dua sahabatnya itu akan ‘menjaga’ kekasihnya sewaktu ketiadaannya. Tetapi sayang pegar yang diharap.. pegar juga yang merosakkan padi.
Rajuk Regina cukup dalam apabila Norman Iqmal tega memutuskan hubungan mereka lantas memiliki Zahnita setahun selepas dia memulakan pengajian di Ireland. Tanpa diketahui alasannya.. Zahnita juga tega benar menyambut cinta Norman Iqmal tanpa mempedulikan perasaan Regina kepada lelaki itu. 
Lantas hubungan akrab mereka terlerai. Regina nekad membiarkan rajuk membawanya jauh dirinya daripada sumpah setia sebagai sahabat. Bertahun-tahun dia menyepikan diri enggan mengambil tahu keadaan sahabat-sahabatnya. Dia tidak kuat untuk melihat mahligai indah yang terbina antara Zahnita dan Iqmal.
7 tahun berlalu.. barulah dia memiliki kekuatan untuk kembali menjejakkan kaki ke negara tercinta. Kepulangannya semula ke Kuala Lumpur pastinya membawanya berhadapan semula dengan Zahnita, sahabat baiknya merangkap isteri kepada lelaki yang dipujanya. Tetapi keadaan sebenarnya tidak lagi seperti dahulu. Ada rahsia di sebalik hubungan Zahnita dan Iqmal.
Penderitaan Zahnita akibat kanser yang ditanggungnya selama bertahun-tahun ini memahat kekesalan di hati Regina. Tega benar dia menghukum sabahat baiknya dalam keadaan diri Zahnita lemah oleh dugaan itu. Namun akhirnya Zahnita pergi juga menghadap Ilahi.
Wasiat yang ditinggalkan Zahnita membuktikan sahabatnya itu adalah sahabatnya dunia akhirat. Lantaran permintaan itu dia kembali disatukan dengan Norman Iqmal lelaki yang amat dipujanya. Adakah bahagia sudah menjenguk pintu rumahnya?
Sama sekali tidak!
Sikap Regina yang mementingkan diri sendiri dulu sedikit sebanyak mengikis rasa cinta Iqmal kepadanya. Juga meretakkan hubungan baiknya dengan Ariya. Hubungan dua sahabat itu terus dingin saban hari. HUbungannya dengan Iqmal juga indah khabar berbanding lakonannya. Tidak cukup itu dia dilabelkan sebagai manusia kejam oleh emak mertuanya sendiri yang selama ini teramat sayangkan arwah Zahnita. Perkahwinan yang diwujudkan atas permintaan Zahnita itu semakin bergolak saban hari sehingga Regina akhirnya kalah tidak mampu bertahan sendirian.
“Yang sakit selama ini adalah Zahnita. Yang kecewa dengan keputusan kamu adalah Regina. Tapi kenapa mesti kamu yang paling khilaf di sini? Hidup mesti diteruskan, Iqmal.”

Bicara si ayah kembali menyedarkan Norman Iqmal tentang hakikat hidup. Zahnita sudah tiada. Allah mengambil Zahnita lalu mengembalikan Regina kepadanya. Mengapa harus dia berduka nestapa? Bukankah pernah nama itu terpahat di sanubarinya? Namun khilafnya telah membawa Regina yang rapuh jauh darinya. 
Mampukah dia membawa Regina kembali ke dalam hidupnya? Masih adakah kesempatan untuk dia menghadiahkan bahagia setelah bertahun-tahun wanita itu hidup dalam duka nestapa?

5 ulasan:

  1. test2....xbaca lg...saja nk testing komen...boleh jaa ku komen sis....ngee

    BalasPadam
  2. yg xleh komen tu dah follow blog ni ka blom...maaf sis adnil xbukak untuk cik anon ea...kne ada google account bru leh komen kot klu xslh...

    BalasPadam
  3. Huiiii dahsyat punya citer... Mau sedia baldi ni kompom ngs punya ni huhu

    BalasPadam
  4. Ermmm Aku suka ceritanya ..mengharukan ...

    BalasPadam
  5. Ermmm Aku suka ceritanya ..mengharukan ...

    BalasPadam