“Semua
A+? Wah! Gempak kau, Gina!” ucap
Zahnita kekaguman. Terbuntang mata Ariya melihat slip keputusan peperiksaan SPM
milik Regina itu. 11 A+ beratur dari atas sampai bawah! Tetapi mereka tak
hairan.. sebab Regina yang mereka kenal memang ulat buku! Pergi ke mana-mana
pun pasti ada sesuatu di tangannya yang dibawanya untuk dibaca.
“Kau orang pun okay jugak apa? 8 A+, 3A- kira cemerlang
jugak tu. Yang penting B takde menyibuk sekali dalam slip result kita,” sambut
Regina biasa.
“Mesti suka berguling-guling mama kau, Gina. Habis kau
dilambung-lambungnya sampai atap.” Ariya berkata dalam nada kekaguman.
Regina tergelak serentak dengan Zahnita. Namun dalam pada
mereka seronok tergelak di tepi dewan sekolah itu mata Regina sempat menangkap
kelibat seseorang keluar daripada salah satu pintu dewan sekolah mereka itu. Hilang
terus gelaknya tadi sebaliknya matanya terus fokus kepada lelaki itu. Iqmal
berdiri seketika di situ sambil menatap slip keputusan STPMnya. Kelakuan Regina
itu turut dilihat oleh dua lagi gadis itu.
“Kau nak tengok aja ke?” tanya Ariya lembut. kasihan pula
dia melihat Regina. Esok lusa mereka tidak tahu adakah Regina dapat melihat
Iqmal lagi sementelah mereka memang tidak tahu apa-apa langsung mengenai lelaki
itu. Di mana dia tinggal.. anak siapa Iqmal itu.. mereka tidak tahu!
Regina menghela nafas perlahan. “Habis tu aku nak buat
apa lagi?” jawab Regina dengan soalan itu. Melurut jatuh bahunya memikirkan
tentang apa yang akan berlaku selepas ini.
“Ajaklah dia keluar,” ucap Zahnita serius mendesak Regina
memulakan tindakan segera.
“Tak naklah! Malu aku..” jawab Regina dengan sedikit
cebikan.
“Malu melepas tau!”
“Biarlah.. aku nak lupakan dia aja,” jawab Regina akur
dengan kata-kata Zahnita tadi.
“Alahai.. kawan aku ni belum usaha dah patah semangat. Apa
salahnya cuba? Kalau dia reject pun bukannya kau jumpa dia lagi lepas ni.” Zahnita
membalas sambil menggeleng sedikit melihat wajah sayu Regina.
“Aku tak kuat, okay! Aku malu..” cebir Regina sambil
mengerling lagi lelaki itu. Iqmal dilihatnya sudah berjalan ke arah hadapan
dewan.
“Kau tunggu sini! Biar aku try cakap dengan dia. Kita
ajak dia keluar hujung minggu ni,” ucap Zahnita bersungguh. Tanpa menunggu
balasan dua sahabatnya itu Zahnita terus berlari anak mengejar langkah Iqmal. Berderau
darah Regina melihat keberanian Zahnita. Ariya pula tidak mampu berkata apa
selain daripada memandang sahaja dengan seribu debaran memalu dada. Dah macam
dia pulak yang syok dengan si Iqmal itu.
Dua gadis itu berdiri sahaja memerhatikan Zahnita yang
sedang menahan langkah Iqmal. Buat seketika dua manusia itu berbual berdua. Iqmal
dilihat mereka senang hati melayan perbualan dengan Zahnita. Lebih seminit
kemudian Zahnita mula kembali kepada mereka berdua, membuatkan mereka berdua
semakin tidak sabar menunggu jawapan Iqmal yang dibawal oleh Zahnita.
“Dapat tak? Dia cakap apa?” tanya Ariya cukup teruja. Terujanya
melebihi si Regina yang jantungnya sudah berdegup tidak terkawal.
Zahnita mencebik sahaja saat berdiri di hadapan dua
sahabatnya itu. Dia menoleh ke belakang untuk mencari kelibat Iqmal. Namun tiada!
Melihat mimik wajah Zahnita begitu wajah Regina mula berubah. Wajahnya mula
terasa hangat oleh telahannya sendiri. Pasti Iqmal menolak.
Namun seketika kemudian Zahnita tersenyum kepada mereka
berdua. “Dapatlah! Dia setuju. Hari Ahad ni kita jumpa kat The Mall,” ucap
Zahnita dengan senyum lebarnya. “Pucat kaukan, Gina?” usik Zahnita dengan
pandangan ekor mata kepada Regina.
“Fuh! Mau tak pucat kau? Malu kalau dia reject wei!” ucap
Regina sambil melepaskan nafas kelegaan.
“Aku tolong sampai sini aja tau? Yang lain tu
pandai-pandai kaulah mengayat dia sendiri,” ucap Zahnita selamba.
“Iyalah.. ni yang aku sayang lebih kat kau, Nita. Kau cakap
dengan aku apa kau nak? Aku akan bagi!” ucap Regina bersungguh. Terus tubuh
Zahnita dipeluknya.
“Aku cuma nak tengok kau happy dengan lelaki yang kau
suka. Itu aja,” jawab Zahnita biasa di sebalik pelukan itu.
Pelukan itu terus diuraikan Regina. Wajah sahabatnya itu
dipandangnya dengan senyum tertahan dek rasa terharu. “Kau doakan.. Insya-Allah
aku akan happy, beb! Kau memang sahabat aku yang paling baik! Aku sayang kau,
Nita. Dunia akhirat!” jawab Regina bersungguh.
“Wei! Dahlah tu.. jangan nak buat plot samarenda kat sini
boleh tak? Macamlah esok Gina dah nak kahwin dengan mamat tu. Baru nak keluar
dating aja kut! Aku tengok kau orang macam ni aku rasa macam nak panggil
pasukan kompang pulak ni,” celah Ariya yang memandang gelagat dua sahabatnya
itu.
“Kau boleh tutup mulut longkang kau tu kejap tak, Ary? Kacau
mood aja dengar suara kau tu. Aku tengah terharu ni,” jawab Regina sambil
menjeling.
“Kut ya pun kontrol sikit gaya tu. Jangan nak pelahap
sangat!” perli Ariya selamba.
“Okay.. okay.. perempuan Melayu wajib kena sopan-sopankan?
Aku kontrol ayu sekarang,” ucap Regina lantas menarik nafas untuk mengawal keterujaan
terlampaunya itu.
“Chop! Chop!” Ariya mengangkat kedua-dua belah tangannya
dengan muka serius. “Aku nak tanya sikit.. kau memang betul Melayu ke, Gina? Kami
memang Melayu sebab kami mak ayah memang Melayu. Tapi kau aku rasa tak macam tu
sebab kau tu mix. Untuk anak yang mix macam kau ni, bangsa kebiasaannya kita
akan ikut ayahkan? Itu setahu akulah.. jadi rasanya kau bukan Melayu. Kau Pakistani
sebab arwah ayah kau memang Pakistan tulen.” Dengan cukup selamba ucapan itu
dilontarkan Ariya kepada Regina.
Zahnita terus menekup mulutnya dan berlalu dari situ. “Sorry..
aku tak campur kalau bab-bab bangsa ni. Aku blah dulu!” Sempat juga kata-kata
itu diberikan kepada dua orang sahabatnya itu. Tidak sanggup dia mahu melihat
wajah Regina yang sudah berubah merah.
Ariya tergelak lantas mengekori Zahnita. Takut kalau dia
menunggu lagi di koridor itu dia akan dibaham oleh Regina dengan kejam.
“Aku memang pantang betul dengan soalan kau tu tadi, Ary!
Memang pantang sepantang-pantangnya! Kau sebut lagi pasal Pakistani tu.. aku
sepak kau sampai koma. Sumpah aku akan sepak kau! Lebih baik kau tarik balik
kenyataan kau tu,” ujar Regina sedikit meninggi dari arah belakang.
Ariya dan Zahnita terhinggut-hinggut menahan tawa. Bukannya
mereka tidak tahu Regina memang tidak suka sesiapa mengatakan dia orang
Pakistan. Dia tetap nak mengaku dia Melayu walaupun ayah dia memang Pakistan
tulen setulen-tulennya. Arwah ayah dia memang Pakistan jual karpet! Itu dululah..
sekarang perniagaan itu sudah diwarisi oleh emaknya dan keluarga Regina sudah
kaya raya dengan perniagaan berkembang pesat.
Tanpa sedar.. gelagat gadis-gadis itu terus disaksikan lelaki itu di sebalik tempat dia berlindung. Bibirnya tersenyum entah kenapa memandang salah seorangnya. Seorang gadis berkulit cerah, berhidung mancung dan rambut panjangnya diikat satu seperti ekor kuda.
Cantik.. dia sering memandang dari jauh. Tapi nama gadis itu dia tidak tahu. Harap-harap nanti dia boleh berkenalan dengan gerangan gadis itu.
Tanpa sedar.. gelagat gadis-gadis itu terus disaksikan lelaki itu di sebalik tempat dia berlindung. Bibirnya tersenyum entah kenapa memandang salah seorangnya. Seorang gadis berkulit cerah, berhidung mancung dan rambut panjangnya diikat satu seperti ekor kuda.
Cantik.. dia sering memandang dari jauh. Tapi nama gadis itu dia tidak tahu. Harap-harap nanti dia boleh berkenalan dengan gerangan gadis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan